Wednesday, December 15, 2010

10:: Ne Me Quitte Pass

4.48 petang
Antique Bakery No.19

Ting tong!

Pintu ditolak, dan Kevin melangkah masuk. Tidak kelihatan bayang Aryanna di situ. Kevin terus duduk di meja yang biasa didudukinya. Menanti Aryanna, seperti kebiasaannya.

Tak perlu tunggu Aryanna hari ni, sebab dia takkan datang.

George sudah berdiri di sisi meja, tidak tersenyum seperti biasa. Kevin termangu, seakan tidak percaya dengan kata-kata George.

Aryanna pesan supaya sampaikan bungkusan ni kepada kau. Dia juga pesan yang dia tak dapat datang hari ni.

Sebuah bungkusan dibalut dengan kain satin berwarna mutiara dihulurkan. Lambat-lambat Kevin menyambutnya. Bungkusan tersebut dibuka, sehelai sapu tangan sutera berwarna putih dikeluarkan. Di penjuru kanan, terukir huruf AR, manakala di penjuru kiri terukir huruf KA.

Kevin tahu, KA itu melambangkan namanya, Kevin Adams. Sedangkan AR mungkin sekali melambangkan Aryanna. Keharuman bunga citrus tersebar kuat apabila Kevin membuka lipatan sapu tangan itu. Betapa dia merindui pemilik haruman tersebut.

Aryanna tak sihat?

George diam tanpa menjawab. Dia mahu berlalu pergi apabila Kevin menghalang laluannya.

Bawa saya ke rumahnya. Saya mahu berjumpa dengan Aryanna.

George diam mendengar permintaan Kevin itu. Dia tidak pasti, apakah yang bakal berlaku sekiranya Kevin singgah di MapleSide Mansion nanti.

I need her. I need Aryanna.

Ayat terakhir Kevin itu bagai menyentap tangkai hati George. Apakah sudah sampai masanya?

Jai besoin de toi, George.

Seakan terdengar rintihan Aryanna pagi tadi. Mendayu-dayu membisikkan betapa dia memerlukan Kevin. Dan kini Kevin mengatakan yang dia juga memerlukan Aryanna? George menarik nafas panjang sebelum berkata.

Follow me.

Kevin bingkas bangun mengekori George, tanpa menyedari dia tercicir sapu tangan pemberian Aryanna. Malah beg sandang yang tidak pernah ditinggalkannya juga tersandar sepi si sudut meja.



28 Februari 2005@4.48 petang
Villa Adams

Rachel menekup mukanya dengan tangan. Adelia di sebelah masih lagi bercakap di telefon. Daniel datang dari dapur dan menghulurkan secawan air coklat panas buat Rachel.

Ada apa-apa, Adelia?

Adelia mengeluh. Telefon bimbitnya diletakkan di sisi meja.

Tak dapatnopebukan tak dapat. Dapat, tapi dia tak angkat phone.

Rachel mengeluh, seakan mahu menangis. Daniel di sebelahnya cuba menenangkan perasaan Rachel yang berkocak itu.

Mungkin dia tertinggal phone dia kat mana-mana.

Tekaan Daniel dinafikan oleh Rachel.

Tak mungkin, Dan. Abang tak pernah tinggalkan phone dia sebab dia takut kalau I nak call dia tak dapat.

Daniel mengeluh, tidak tahu apa yang perlu dilakukan bagi menolong temannya kali ini. Dia hanya sekali dua berjumpa dengan Kevin, jadi dia tidak dapat mengagak ke mana tempat yang barangkali dikunjungi Kevin.

Hish, mana abang pergi ni?

Rachel meraup muka. Seingatnya tidak pernah Kevin tidak pulang ke rumah seperti ini. Malah bermalam di rumah orang lain juga tidak pernah. Apa lagi abangnya itu memang diketahui tidak mempunyai ramai kawan.

Okey, lets start it again. Bila last you all nampak Kevin?

Adelia dan Rachel berpandangan sesama sendiri. Jalan Rosewood.

No! Kita tak boleh pergi sana sekarang.

Rachel berasa marah dengan Daniel yang mahu menghalang tindakan mereka untuk pergi ke Jalan Rosewood. Dia berdiri bertentangan dengan Daniel.

Kita kena pergi sana, Dan. My brother is there!

I tau. Tapi sekarang ni dah lewat petang, kejap lagi dah malam. Bahaya kita berada di Jalan Rosewood pada waktu malam.

Rachel dan Adelia terduduk. Mengakui kebenaran kata-kata Daniel itu. Sejak dahulu lagi penduduk MapleSide diingatkan supaya tidak berkeliaran di Jalan Rosewood pada waktu malam.

Kevin? Kalau mummy dan daddy ada, tentu mereka tau apa yang patut kita lakukan sekarang.

Tangisan Rachel mengundang sayu di hati Daniel. Namun dia sendiri gerun memikirkan kemungkinan yang bakal mereka tempuh di Jalan Rosewood pada waktu begini. Biarlah mereka menunggu sehingga pihak polis tiba pada keesokan hari.

Monday, December 13, 2010

09:: Sampai bila???

10.48 pagi
MapleSide Mansion

Aryanna menangis lagi. Dia memeluk bingkai gambar berwarna keemasan itu, bagai tidak mahu melepaskannya. Pandangannya teralih pada seutas gelang tangan berpermata biru di tangannya.

Je suis fatigué!

Aryanna mengesat air matanya. Dia berasa penat. Penat kerana merindui sesorang. Penat kerana cintanya tidak pernah terpadam.

Kevin, J'ai besoin de toi. I need you!

Madelaine menutup pintu kamar Aryanna perlahan-lahan. Tidak mahu menganggu emosi gadis itu. Dia turut mengesat matanya yang berkaca. Harold yang setia berdiri di tepi tangga dipandangnya sekilas.

Mandy, wheres Princess?

Madelaine segera menoleh apabila terdengar suara tersebut. Kelihatan George lengkap berkemeja kotak-kotak dan berseluar slack berwarna putih melangkah masuk.

Upstairs. George, tolong jangan ganggu dia.

George tidak menghiraukan kata-kata Madelaine, malah terus sahaja menuju ke kamar Aryanna. Madelaine dan Harold berpandangan sesama sendiri, berharap agar tiada pertelingkahan besar yang berlaku.

Princess.

Lamunan Aryanna terhenti. Dia memalingkan muka ke luar tingkap, masih tidak mahu bertentang mata dengan George.

Sampai bila nak macam ni?”

Pertanyaan George dibiarkan sepi tanpa jawapan. Sedang dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.

Aryanna, saya tak bermaksud untuk menyekat pergerakan awak. Tapi saya tak nak awak dikecewakan.

Saya yang pilih jalan ni, biar saya tanggung risikonya.

Sebuah keluhan kedengaran dari mulut George. Dia arif benar dengan perangai Aryanna yang degil dan tidak mahu mengalah. Namun kali ini pertaruhannya amat besar. Sekeping hati yang pernah terluka.

Awak mungkin sanggup hadapinya. Tapi dia? Pernahkah awak fikirkan pasal dia?

Pertanyaan itu bagai sebuah batu besar yang menghempap pundak Aryanna. Lambat-lambat tangannya mengusap lembut gelang tangan berpermata biru.

Dia akan lebih terluka, Aryanna. Sanggupkah awak membiarkan dia hidup dalam kelukaan sepanjang hidupnya?

Aryanna menyembamkan wajahnya di katil. Di situ, dia menangis teresak-esak. Tangisan yang selama ini ditahan, dilepaskan semahu-mahunya.

Je ne sais si cest juste, George!

Benar, George juga tidak pasti apakah keadilan menyebelahi sesiapa dalam keadaan ini. Namun yang dia pasti, aka nada pihak yang terluka.

Je serai toujours là pour toi.

Bersama-sama kata-kata itu, George duduk di birai katil dan mengusap lembut ubun-ubun Aryanna. Memang dia pernah berjanji untuk sentiasa bersama gadis itu dalam apa jua keadaan. Dan dia masih tetap menunaikan janji itu.


3.38 petang
Maple Square

Rachel, sejak bila Kevin ada girlfriend?

Pertanyaan Adelia itu mengundang kerutan di dahi Rachel. Sungguh, dia sendiri tidak tahu.

Pelik kan?

Apa yang peliknya, Miss Adelia Hudson. Dalam umur sebaya kita ni, biasalah kalau ada perasaan kat orang lain.

Adelia mengangguk. Namun masih terselit sedikit kehairanan. Bagaimana Kevin yang jarang sekali bergaul dengan orang lain, tiba-tiba mempunyai kekasih. Dia mengelengkan kepala beberapa kali.

Weh, kau ni kenapa? Tak payah nak fikir sangat pasal Kevin okey. Kan dia kata dia akan kenalkan kita dengan girlfriend dia tu.

Adelia diam. Dia memerhati gelagat Manusia yang berkunjung ke Maple Square. Bermacam-macam ragam dan kerenah yang dapat dilihat. Pandangannya terpaku pada sesusuk tubuh yang amat dikenali.

Rachel, jom ikut aku!

Terkial-kial Rachel apabila ditarik oleh Adelia. Sempat lagi dia mencapai beg kertas berisi kasut yang baru dibelinya tadi.

Kenapa ni?

Tanya Rachel sambil membetul-betulkan rambut yang sedikit kusut ditiup angin. Adelia di hadapannya dipandang dengan geram.

Shh~ aku nampak Kevin tadi. Jom kita ikut mana dia pergi.

Kevin? Mana?

Matanya mengikuti arah yang ditunjukkan jari telunjuk Adelia. Benar, itu abangnya. Senyap-senyap mereka cuba mengekori Kevin dari belakang.

Mereka tiba di persimpangan Jalan Rosewood. Kevin masih tidak menyedari kehadiran mereka berdua. Sedang mereka terhendap-hendap, bahu Adelia dilanggar seseorang.

Aduh!

Jejaka yang melanggar Adelia tadi berhenti dan segera berpatah balik.

Sorry, sakit ke bahu awak? Saya rasa sikit je kena tadi.

Kat bahu memangla sikit, dan tak sakit pun. Tapi awak pijak kaki saya, sakit.

Rachel yang mendengar terus sahaja ketawa dengan jawapan Adelia itu. Tengah sakit pun sempat lagi nak loyar buruk. Nasib baik mamat ni hensem.

Ops, sorry. Saya betul-betul tak sengaja.

Takpe, takpe. Dimaafkan.

Adelia mahu menarik tangan Rachel agar berlalu dari situ apabila jejaka itu menghalang laluannya.

Kan saya dah maafkan awak. Nak apa lagi?

Nama saya Ryo. Ryo Yamaguchi, awak?

Tangan sudah pun dihulur, berserta sekali dengan senyuman. Walaupun sedikit jengkel, namun perkenalan dari jejeka sekacak Ryo agak rugi untuk ditolak. Lalu Adelia menyambut huluran tangan tersebut.

Adelia. Adelia Hudson.

Saya Rachel Adams, kawan Adelia.

Nice meeting both of you. Sorry lagi sekali pasal tadi.

Adelia dan Rachel tersenyum, menganggukkan kepala. Mereka hampir terlupa tujuan asal mereka ke situ.

Eh, Kevin!

Sia-sia sahaja kerana mereka telah kehilangan jejak Kevin. Adelia mendengus, geram kerana tidak berjaya menemui destinasi Kevin.

Rachel, jom kita cari sekitar sini. Dia mesti ada dekat-dekat sini.

Huh? Tak nakla. Jalan Rosewood ni dahla tak ramai orang lalu. Jomla kita balik, Adelia.

Adelia diam, sambil memandang keliling. Jalan Rosewood terletak di selatan MapleSide. Memang jarang orang melalui jalan itu kerana sudah lama tidak terdapat sebarang kegiatan komersial di situ. Akhirnya, Adelia bersetuju untuk pulang semula ke villa.

'Mana Kevin pergi ni?' desis hati kecil Adelia.

Resepi:: Cinnamon Roll


Yang ni pulak resepi untuk cinnamon roll yang sangat membuka selera..walau hanya dengan aromanya sahaja..rasanya apatah lagi kan...untuk resepi cinnamon roll ni saya copy daripada yani kat My resepi...jemputlah cuba untuk sesiapa yang berkenan atau yang dah mula melelh air liur tu ye~


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • = Bahan utk Roti =
  • 300g tepung roti
  • 50g butter
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml fresh milk/air (suhu badan)
  • 8g dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • -----------------------------------------------------
  • = Filling =
  • 2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g butter-suhu bilik
  • -----------------------------------------------------
  • = Icing =
  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 100g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen

Cara-cara

  1. Cinnamon1
     Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
  2. Cinnamon2
     Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  3. Cinnamon3
     Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
  4. Cinnamon4
     Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Cinnamonroll5
     Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
  6. Cinnamon6
     Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
  7. Cinnamon7
     Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  8. Cream1
     Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
  9. Cinnamon8
     Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.





kalau nak lawat link asal bolehla ke My Resepi..


Resepi:: Puding Karamel



Alang-alang dalam e-novel ni ada banyak jugak sebut pasal makanan..jadinya saya berbesar hatila untuk berkongsi resepi-resepi yang menyelerakan ini...jemputlah cuba bagi sesiapa yang berminat ye~


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais


nak tengok link asal boleh dapatkan dari My Resipi