Wednesday, December 15, 2010

10:: Ne Me Quitte Pass

4.48 petang
Antique Bakery No.19

Ting tong!

Pintu ditolak, dan Kevin melangkah masuk. Tidak kelihatan bayang Aryanna di situ. Kevin terus duduk di meja yang biasa didudukinya. Menanti Aryanna, seperti kebiasaannya.

Tak perlu tunggu Aryanna hari ni, sebab dia takkan datang.

George sudah berdiri di sisi meja, tidak tersenyum seperti biasa. Kevin termangu, seakan tidak percaya dengan kata-kata George.

Aryanna pesan supaya sampaikan bungkusan ni kepada kau. Dia juga pesan yang dia tak dapat datang hari ni.

Sebuah bungkusan dibalut dengan kain satin berwarna mutiara dihulurkan. Lambat-lambat Kevin menyambutnya. Bungkusan tersebut dibuka, sehelai sapu tangan sutera berwarna putih dikeluarkan. Di penjuru kanan, terukir huruf AR, manakala di penjuru kiri terukir huruf KA.

Kevin tahu, KA itu melambangkan namanya, Kevin Adams. Sedangkan AR mungkin sekali melambangkan Aryanna. Keharuman bunga citrus tersebar kuat apabila Kevin membuka lipatan sapu tangan itu. Betapa dia merindui pemilik haruman tersebut.

Aryanna tak sihat?

George diam tanpa menjawab. Dia mahu berlalu pergi apabila Kevin menghalang laluannya.

Bawa saya ke rumahnya. Saya mahu berjumpa dengan Aryanna.

George diam mendengar permintaan Kevin itu. Dia tidak pasti, apakah yang bakal berlaku sekiranya Kevin singgah di MapleSide Mansion nanti.

I need her. I need Aryanna.

Ayat terakhir Kevin itu bagai menyentap tangkai hati George. Apakah sudah sampai masanya?

Jai besoin de toi, George.

Seakan terdengar rintihan Aryanna pagi tadi. Mendayu-dayu membisikkan betapa dia memerlukan Kevin. Dan kini Kevin mengatakan yang dia juga memerlukan Aryanna? George menarik nafas panjang sebelum berkata.

Follow me.

Kevin bingkas bangun mengekori George, tanpa menyedari dia tercicir sapu tangan pemberian Aryanna. Malah beg sandang yang tidak pernah ditinggalkannya juga tersandar sepi si sudut meja.



28 Februari 2005@4.48 petang
Villa Adams

Rachel menekup mukanya dengan tangan. Adelia di sebelah masih lagi bercakap di telefon. Daniel datang dari dapur dan menghulurkan secawan air coklat panas buat Rachel.

Ada apa-apa, Adelia?

Adelia mengeluh. Telefon bimbitnya diletakkan di sisi meja.

Tak dapatnopebukan tak dapat. Dapat, tapi dia tak angkat phone.

Rachel mengeluh, seakan mahu menangis. Daniel di sebelahnya cuba menenangkan perasaan Rachel yang berkocak itu.

Mungkin dia tertinggal phone dia kat mana-mana.

Tekaan Daniel dinafikan oleh Rachel.

Tak mungkin, Dan. Abang tak pernah tinggalkan phone dia sebab dia takut kalau I nak call dia tak dapat.

Daniel mengeluh, tidak tahu apa yang perlu dilakukan bagi menolong temannya kali ini. Dia hanya sekali dua berjumpa dengan Kevin, jadi dia tidak dapat mengagak ke mana tempat yang barangkali dikunjungi Kevin.

Hish, mana abang pergi ni?

Rachel meraup muka. Seingatnya tidak pernah Kevin tidak pulang ke rumah seperti ini. Malah bermalam di rumah orang lain juga tidak pernah. Apa lagi abangnya itu memang diketahui tidak mempunyai ramai kawan.

Okey, lets start it again. Bila last you all nampak Kevin?

Adelia dan Rachel berpandangan sesama sendiri. Jalan Rosewood.

No! Kita tak boleh pergi sana sekarang.

Rachel berasa marah dengan Daniel yang mahu menghalang tindakan mereka untuk pergi ke Jalan Rosewood. Dia berdiri bertentangan dengan Daniel.

Kita kena pergi sana, Dan. My brother is there!

I tau. Tapi sekarang ni dah lewat petang, kejap lagi dah malam. Bahaya kita berada di Jalan Rosewood pada waktu malam.

Rachel dan Adelia terduduk. Mengakui kebenaran kata-kata Daniel itu. Sejak dahulu lagi penduduk MapleSide diingatkan supaya tidak berkeliaran di Jalan Rosewood pada waktu malam.

Kevin? Kalau mummy dan daddy ada, tentu mereka tau apa yang patut kita lakukan sekarang.

Tangisan Rachel mengundang sayu di hati Daniel. Namun dia sendiri gerun memikirkan kemungkinan yang bakal mereka tempuh di Jalan Rosewood pada waktu begini. Biarlah mereka menunggu sehingga pihak polis tiba pada keesokan hari.

No comments: