Thursday, December 9, 2010

07:: Berbeza

4.48 petang
Antique Bakery No.19

Ting tong!

Kevin berlari-lari anak masuk ke kedai itu. Seperti biasa, hujan akan turun renyai-renyai setibanya dia di sini. Dia menuju ke meja yang biasa didudukinya, sambil menunggu Aryanna.

Nak order dulu atau tunggu Aryanna dulu?

Kasar suara itu menegur. Kevin memandang George. Tampak ketidaksenangan terzahir di wajah itu, namun Kevin hanya tersenyum dan menyatakan dia mahu menunggu Aryanna terlebih dahulu.

Tidak lama George singgah di mejanya. Dia berlalu mengambil pesanan di meja lain. Kevin menikmati aroma biskut bakar yang memenuhi ruang kedai itu sebelum terhidu aroma bunga citrus. Aroma yang paling digemari oleh Aryanna.

Hai, Kevin.

Kevin tersenyum sebelum menarikkan kerusi buat Aryanna. Dia mengambil tempat berhadapan dengan gadis itu, seperti kebiasaannya.

Saya suka bau perfume awak. Wangi.

Farina gegenüber. Baunya lembut, ibarat bayu pagi musim bunga dengan siraman keharuman bunga citrus oren. Wangian ni membuatkan saya rasa bersemangat.

Kevin mengerutkan dahi dengan penjelasan itu. Tidak pernah pula dia mendengar wangian jenama tersebut.

Ah, mungkin sahaja dari luar negara.

Dah order?

Pertanyaan Aryanna menyedarkan dia dari lamunan.

Belum, tunggu awak la.

Aryanna senyum, memanggil George seperti kebiasaannya. Memesan menu yang juga seperti kebiasaannya.

Lama awak tak hubungi saya, Aryanna.

Aryanna yang sedang menhirup kopi panas, memandang tepat ke arah Kevin sebelum melepaskan sebuah keluhan.

Sorry.

Kevin diam. Bukan itu yang dia harap akan diberitahu. Dia mahu tahu ke mana menghilangnya si manis di hadapannya ini.

Saya ada hal. Terpaksa ke luar negara, tak sempat nak beritahu.

Tepat sekali jawapan itu diungkapkan. Kevin senyum dan mengangguk. Jadi benarlah gadis itu mempunyai urusan mengejut.

Saya takut awak dah tak sudi berkawan dengan saya.

Lambat-lambat ayat itu dituturkan Kevin. Aryanna tersenyum mendengarnya. Namun seketika cuma.

Aku takut kau yang akan menjauhkan diri kalau kau tahu apa yang sebenanrnya.

Perlahan ayat itu meluncur dari mulut Aryanna.

Apa dia, Aryanna?

Huh? Takdelah. Saya sangat senang berkawan dengan awak Kevin.

Jujur sekali kata-kata itu dirasakan. Kevin dan Aryanna berbalas senyuman. Tidak menyedari langsung sepasang mata milik George memandang mereka dengan perasaan yang sukar diertikan.

Untuk awak.

Sebuah bungkusan kecil berbalut merah jambu, lengkap dengan riben sebesar tapak tangan dihulurkan kepada Aryanna.

Apa ni?

Buka lah.

Berhati-hati Aryanna membuka balutan kotak itu. Sempat dia memandang Kevin yang hanya tersenyum melihat perilakunya.

Seutas rantai tangan platinum dikeluarkan. Sinaran batu permata sapphire yang berwarna biru berkilauan membuatkan Aryanna tersenyum.

You did tell me that you like deep Tavernier blue diamond. Tapi saya tak dapat cari jadi saya beli yang hampir-hampir.

Tavernier Blue Diamond. Hope Diamond.

Tidak mungkin aku dapat memilikinya.

Sebenarnya saya nak bagi awak masa Valentines Day, tapi awak tak datang. Lepas tu saya terus tak dapat hubungi awak.

Aryanna tersentak. Tidak mahu Kevin perasan perubahan riak wajahnya, cepat-cepat dia memaniskan muka dengan senyuman.

Thanks. Mungkin esok saya boleh bawakan hadiah untuk awak pula.

Awak datang jumpa saya pun dah jadi hadiah yang paling berharga.

Senyum mereka bertaut. Kevin memakaikan gelang tangan itu ke tangan Aryanna. Cantik sekali terletak.

Awak, saya rasa saya kena balik dulu.

Tutur Kevin apabila menyedari jam sudah menginjak pukul 9.48 malam. Aryanna mengangguk. Berat rasanya mahu melepaskan Kevin namun dia terpaksa akur. Kevin bukan miliknya.

Setiap kali bersama dengan awak, waktu seakan terlalu cepat berlalu.

Esok kita jumpa semula di sini?

Kevin tersenyum dengan ajakan itu. Sememangnya dia juga mengharapkan pertemuan demi pertemuan dengan Aryanna.

Kita cuba makan di tempat lain nak? Di Maple Square ada kedai baru, Paradise Café.

Je ne veux pas!

Aryanna tiba-tiba naik marah. Dia berdiri dan mahu keluar. Namun Kevin sempat memaut pergelangan tangannya.

Sorry, saya tak faham apa yang awak cakap. Kenapa awak nampak macam marah?

Aryanna mengerutkan dahi. Dalam marah, tidak sedar dia berbahasa asing dengan Kevin.

Sorry. Saya bukan nak marah awak. Saya cumatak suka makan di kedai lain selain sini.

Kevin mengangguk, mengerti. Dia memalingkan badan Aryanna supaya berhadapan dengannya.

Saya minta maaf, okey? Esok kita jumpa kat sini, macam biasa.

Lambat-lambat Aryanna senyum dengan kata-kata Kevin itu. Dia menganggukkan kepala sebelum melambaikan tangan kepada Kevin. Hilang sahaja Kevin dari pandangan, Aryanna kembali duduk di meja mereka tadi.

Princess.

Suara George mematikan senyuman yang bersisa di bibir Aryanna.

Hes not like us.

I know. But I do know that Id fall for him.

No comments: