Wednesday, January 4, 2012

11: Siapa Aryanna?


6.48 petang
MapleSide Mansion

Masuklah, Aryanna ada di dalam.

Suara Madelaine mengembalikan Kevin ke alam nyata. Sejak tadi dia asyik memerhatikan sekeliling Mansion ini. Binaannya sungguh luar biasa, apa lagi dengan perhiasannya. Ibarat berada di dalam istana.

Setelah mengucapkan terima kasih, Kevin menolak pintu kamar tersebut.

Aryanna, are you here?

Terkuak sahaja pintu kamar itu, Kevin dapat melihat Aryanna yang sedang berbaring di atas katil. Indah sekali perhiasan bilik itu. Semua perabotnya berwarna putih, dengan taburan bunga-bunga kecil sebagai corak. Di sudut katil terdapat sebuah almari kecil, dengan sekeping bingkai gambar.

Kevin berjalan menghampiri almari tersebut. Dia mengangkat bingkai gambar berwarna keemasan itu. Bagaikan tidak percaya menatap gambar tersebut.

Siapa?

Segera diletakkan semula bingkai gambar tersebut ke tempat asalnya apabila terdengar suara Aryanna. Dia duduk di birai katil, dan lambat-lambat menggapai tangan gadis itu.

Aryanna.

Mata Aryanna terbuka perlahan-lahan. Anak mata yang berwarna hazel itu bergerak-gerak, dan bertembung dengan Kevin. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.

Kevin, macam mana awak boleh berada di sini?

Aryanna bangun, dan bergerak ke kerusi kayu berhadapan tingkap. Kevin menurut dari belakang.

George kata awak tak sihat, jadi saya minta dia bawa saya ke sini.

George, merci. Merci beaucoup.

Ucap Aryanna perlahan. Dia menarik tangan Kevin agar duduk di sebelahnya.

Ne me quitte pas, Kevin. Sil vous plait.

Kevin mengangguk. Tidak tahu daripada mana dia mengerti apa yang dituturkan oleh Aryanna. Yang pasti dia tahu Aryanna tidak mahu Kevin pergi meninggalkannya. Dan Kevin juga berharap dia tidak akan.

Saya takkan tinggalkan awak, Aryanna. Saya janji.

Aryanna merebahkan diri dalam pelukan Kevin. Sungguh, dia terlalu rindukan Kevin. Dan dia terlalu perlukan Kevin. Kali ini, Aryanna nekad.


5 Mac 2005@9.48 pagi
Paradise Café

Puding karamel disudu perlahan. Namun belum sempat dijamah, diletakkan semula ke dalam pinggan. Tangisannya mula berlagu.

I miss him. I miss my brother so much.

Bahu Rachel diraih. Daniel tidak tahu apa lagi yang perlu diucapkan bagi menenangkan hati Rachel. Hampir lima hari Kevin hilang. Usaha mencarinya masih lagi diteruskan oleh pihak berkuasa. Sekitar Jalan Rosewood juga sudah dijelajahi, namun tiada tanda-tanda yang Kevin pernah ke sana.

I tak tau apa yang pihak berkuasa sedang buat. Kevin masih belum ditemui.

Daniel mengalih pandang pada Adelia. Seorang lagi teman Kevin yang semakin buntu dengan situasi kini.

Sabarlah Adelia. Just believe in faith.

Adelia mengeluh, namun tetap mengakui kebenaran kata-kata Daniel itu. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Pandangannya terhenti pada seraut wajah yang agak dikenali. Segera dia bangun dan keluar. Daniel dan Rachel terpinga-pinga dibuatnya.

Ryo!

Lelaki yang dipanggil Ryo itu tidak menoleh. Malah seakan tidak mendengar namanya dipanggil.

Ryo Yamaguchi!

Adelia menghela nafas apabila lelaki itu berhenti dan berpaling. Lelaki berkulit putih dan berambut hitam itu datang menghampiri Adelia. Pada masa yang sama Rachel dan Daniel tiba di situ.

Eh, this guy?

Rachel mulai mengingat pertemuan mereka dengan lelaki yang dipanggil Ryo itu. Disebabkan lelaki itulah mereka terlepas pandang arah tuju Kevin. Daniel yang masih tidak mengerti tidak pula berniat untuk bertanya.

Are you calling me? I dengar you sebut Yamaguchi tadi.

Adelia mengangkatkan kening. Takkanlah lelaki itu tidak mendengar dia menjerit namanya tadi?

Awak Ryo Yamaguchi kan?

Teragak-agak Adelia bertanya. Lelaki di hadapannya mengerutkan dahi, sebelum tersenyum.

Saya Ken. Ken Yamaguchi. Kalau tak silap, Ryo Yamaguchi is my great grandfather.

Great grandfather?



Mereka kembali ke Paradise Café. Kali ini, Ken juga turut serta. Setelah memesan minuman, mereka mula berbicara.

Saya pemilik café ini.

Tercengang Adelia, Rachel dan Daniel mendengarnya. Melihat kesungguhan di wajah Ken, mereka tahu yang dia bukannya bercanda.

Ryo Yamaguchi, datuk saya memang sukakan bakery. Malah menurut cerita ayah saya, dia pernah bekerja di Antique Bakery No. 19.

“Antique Bakery?

Adelia memicit dahinya. Seakan pernah didengar nama kedai itu. Pernah ada seseorang yang menyatakan tentang kedai itu kepadanya. Dia sedaya-upaya memerah otaknya mencari semula memori yang seakan pudar dari ingatannya.

Yes! Antique Bakery!

Kenapa Adelia? Kau macam tau je pasal Antique Bakery tu?

Kevin pernah bagitau aku pasal tu. Dia kata dia jumpa kawan dia kat Antique Bakery.

Ken mengerutkan dahi dengan kata-kata Adelia itu. Semua mata kini terarah padanya. Dia berkira-kira samada mahu meneruskan kata-katanya atau tidak.

Is there something wrong?

Pertanyaan Daniel membuatkan Ken laju sahaja membuka mulut.

Tak mungkin dia ke Antique Bakery.

Sebab?

Muka Rachel ditenung lama, sebelum Ken menjawab.

Antique Bakery dah lama ditutup. Sejak awal 1900 lagi. Lebih 100 tahun yang lepas.

What?

Rachel, Adelia dan Daniel sama-sama terkejut dengan kenyataan itu.

Ken, kat mana sebenarnya Antique Bakery ni?

Jalan Rosewood.

1 comment:

Unknown said...

Best.. Takde sambungan ke..