Wednesday, December 8, 2010

06::Tu Me Manques [I Miss you]

26 Februari 2005@10.48 pagi
MapleSide Mansion

Bingkai gambar berwarna keemasan itu diangkat. Gambar itu direnung dalam-dalam.

Tu me manques.”

Air matanya menitis membasahi gambar yang dipegangnya. Terdengar pintu biliknya ditolak dari luar.

Princess, nak keluar ke hari ni?

Aryanna mengesat matanya yang basah. Wajah tua Madelaine dipandang. Setia sungguh pembantunya yang seorang ini.

Ya. Saya nak jumpa Kevin.

Madelaine mengangguk. Sejak Aryanna mengenali Kevin, hidup gadis itu berubah ceria. Namun dia sendiri tidak pasti apakah keceriaan itu akan berkekalan.

Aryanna membuka komputernya. Laman web Maplesiders yang kian lama tidak dijengahnya, dibuka. Di situlah dia bertemu Kevin. Walaupun mereka baru berkenalan, namun hatinya terasa begitu dekat dengan jejaka itu. Ada sesuatu mengenai lelaki itu yang mengikat hatinya.

o   Aryanna_AR: Kevin, r u there?

Lama Aryanna menunggu, namun tidak dijawab. Baru sahaja dia mahu bangun, terlihat balasan dari Kevin.

o   Kevin_A: Im here

o   Kevin_A: Where r u?

o   Aryanna_AR: Home. Jumpa petang ni?

o   Kevin_A: Tempat biasa?

o   Aryanna_AR: Ya. Macam biasa.

o   Kevin_A: Sure. Im dying waiting for this.

o   Aryanna_AR: See u there.

o   Kevin_A: Okey J

Aryanna bangun, membuka almari. Mahu memilih persalinan yang sesuai untuk bertemu dengan Kevin nanti. Mulutnya menyanyi-nyanyi kecil, namun dapat didengari seluruh isi rumah.

Princess mahu keluar?

Pertanyaan Harold itu walaupun perlahan dapat didengar oleh Madelaine. Di rumah besar itu hanya ada Harold dan dia yang menjaga Aryanna.

Ya. Mahu berjumpa Kevin katanya.

George tahu?

Tangan yang ligat mengemas rumah tadi terhenti. Madelaine mengangkat muka, memandang Harold. Aryanna memang tidak suka jika mereka memaklumkan pergerakannya kepada George. Namun kadangkala mereka merasakan adalah sewajarnya George tahu, demi keselamatan Aryanna.

Kamu sahajalah yang beritau.

Madelaine berlalu meninggalkan Harold yang terpisat-pisat. Seketika kemudian, Harold berlalu ke ruang tengah. Telefon diangkat dan nombor George didail. Tidak lama menunggu sebelum panggilan bersambut.


3.48 petang
Villa Adams

Rachel bangun dari katilnya. Sengaja dia tidak ke kolej hari itu. Rasa marah kepada Kevin masih menebal di hatinya. Dia melangkah turun ke ruang tamu apabila pasti Kevin telah keluar.

Laparnya. Patutlah pun, dah pukul 3 lebih.

Kakinya dihalakan ke dapur. Laju tangannya mengangkat tudung saji yang diperbuat daripada rotan dan dijahit dengan kain kasa berwarna putih itu. Ada sekeping nota yang dilekatkan di situ.

Im really sorry, Ginger. Maybe I lost half of myself, but I really dont wanna lose you. Love  Kevin.

Sepiring puding karamel siap dihias dengan buah anggur kegemarannya direnung. Itulah cara Kevin mengambil hatinya. Perut yang berbunyi, menyebabkan Rachel tidak berfikir lama selain memaafkan abangnya.

Sedapnya~!!”

Puding karamel yang dibuat sendiri oleh Kevin memang tiada tandingannya. Rachel tersenyum di dalam hati.

Telefon berbunyi saat potongan kedua puding karamel sedang dinikmati Rachel.

Hello.

Hello Rachel. Kevin ada kat rumah?

Suara Adelia menerjah telinganya.

Mana ada. Abang dah keluarla.

Tapi dia tak masuk kelas sejak pagi tadi.

No comments: