Monday, December 13, 2010

09:: Sampai bila???

10.48 pagi
MapleSide Mansion

Aryanna menangis lagi. Dia memeluk bingkai gambar berwarna keemasan itu, bagai tidak mahu melepaskannya. Pandangannya teralih pada seutas gelang tangan berpermata biru di tangannya.

Je suis fatigué!

Aryanna mengesat air matanya. Dia berasa penat. Penat kerana merindui sesorang. Penat kerana cintanya tidak pernah terpadam.

Kevin, J'ai besoin de toi. I need you!

Madelaine menutup pintu kamar Aryanna perlahan-lahan. Tidak mahu menganggu emosi gadis itu. Dia turut mengesat matanya yang berkaca. Harold yang setia berdiri di tepi tangga dipandangnya sekilas.

Mandy, wheres Princess?

Madelaine segera menoleh apabila terdengar suara tersebut. Kelihatan George lengkap berkemeja kotak-kotak dan berseluar slack berwarna putih melangkah masuk.

Upstairs. George, tolong jangan ganggu dia.

George tidak menghiraukan kata-kata Madelaine, malah terus sahaja menuju ke kamar Aryanna. Madelaine dan Harold berpandangan sesama sendiri, berharap agar tiada pertelingkahan besar yang berlaku.

Princess.

Lamunan Aryanna terhenti. Dia memalingkan muka ke luar tingkap, masih tidak mahu bertentang mata dengan George.

Sampai bila nak macam ni?”

Pertanyaan George dibiarkan sepi tanpa jawapan. Sedang dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.

Aryanna, saya tak bermaksud untuk menyekat pergerakan awak. Tapi saya tak nak awak dikecewakan.

Saya yang pilih jalan ni, biar saya tanggung risikonya.

Sebuah keluhan kedengaran dari mulut George. Dia arif benar dengan perangai Aryanna yang degil dan tidak mahu mengalah. Namun kali ini pertaruhannya amat besar. Sekeping hati yang pernah terluka.

Awak mungkin sanggup hadapinya. Tapi dia? Pernahkah awak fikirkan pasal dia?

Pertanyaan itu bagai sebuah batu besar yang menghempap pundak Aryanna. Lambat-lambat tangannya mengusap lembut gelang tangan berpermata biru.

Dia akan lebih terluka, Aryanna. Sanggupkah awak membiarkan dia hidup dalam kelukaan sepanjang hidupnya?

Aryanna menyembamkan wajahnya di katil. Di situ, dia menangis teresak-esak. Tangisan yang selama ini ditahan, dilepaskan semahu-mahunya.

Je ne sais si cest juste, George!

Benar, George juga tidak pasti apakah keadilan menyebelahi sesiapa dalam keadaan ini. Namun yang dia pasti, aka nada pihak yang terluka.

Je serai toujours là pour toi.

Bersama-sama kata-kata itu, George duduk di birai katil dan mengusap lembut ubun-ubun Aryanna. Memang dia pernah berjanji untuk sentiasa bersama gadis itu dalam apa jua keadaan. Dan dia masih tetap menunaikan janji itu.


3.38 petang
Maple Square

Rachel, sejak bila Kevin ada girlfriend?

Pertanyaan Adelia itu mengundang kerutan di dahi Rachel. Sungguh, dia sendiri tidak tahu.

Pelik kan?

Apa yang peliknya, Miss Adelia Hudson. Dalam umur sebaya kita ni, biasalah kalau ada perasaan kat orang lain.

Adelia mengangguk. Namun masih terselit sedikit kehairanan. Bagaimana Kevin yang jarang sekali bergaul dengan orang lain, tiba-tiba mempunyai kekasih. Dia mengelengkan kepala beberapa kali.

Weh, kau ni kenapa? Tak payah nak fikir sangat pasal Kevin okey. Kan dia kata dia akan kenalkan kita dengan girlfriend dia tu.

Adelia diam. Dia memerhati gelagat Manusia yang berkunjung ke Maple Square. Bermacam-macam ragam dan kerenah yang dapat dilihat. Pandangannya terpaku pada sesusuk tubuh yang amat dikenali.

Rachel, jom ikut aku!

Terkial-kial Rachel apabila ditarik oleh Adelia. Sempat lagi dia mencapai beg kertas berisi kasut yang baru dibelinya tadi.

Kenapa ni?

Tanya Rachel sambil membetul-betulkan rambut yang sedikit kusut ditiup angin. Adelia di hadapannya dipandang dengan geram.

Shh~ aku nampak Kevin tadi. Jom kita ikut mana dia pergi.

Kevin? Mana?

Matanya mengikuti arah yang ditunjukkan jari telunjuk Adelia. Benar, itu abangnya. Senyap-senyap mereka cuba mengekori Kevin dari belakang.

Mereka tiba di persimpangan Jalan Rosewood. Kevin masih tidak menyedari kehadiran mereka berdua. Sedang mereka terhendap-hendap, bahu Adelia dilanggar seseorang.

Aduh!

Jejaka yang melanggar Adelia tadi berhenti dan segera berpatah balik.

Sorry, sakit ke bahu awak? Saya rasa sikit je kena tadi.

Kat bahu memangla sikit, dan tak sakit pun. Tapi awak pijak kaki saya, sakit.

Rachel yang mendengar terus sahaja ketawa dengan jawapan Adelia itu. Tengah sakit pun sempat lagi nak loyar buruk. Nasib baik mamat ni hensem.

Ops, sorry. Saya betul-betul tak sengaja.

Takpe, takpe. Dimaafkan.

Adelia mahu menarik tangan Rachel agar berlalu dari situ apabila jejaka itu menghalang laluannya.

Kan saya dah maafkan awak. Nak apa lagi?

Nama saya Ryo. Ryo Yamaguchi, awak?

Tangan sudah pun dihulur, berserta sekali dengan senyuman. Walaupun sedikit jengkel, namun perkenalan dari jejeka sekacak Ryo agak rugi untuk ditolak. Lalu Adelia menyambut huluran tangan tersebut.

Adelia. Adelia Hudson.

Saya Rachel Adams, kawan Adelia.

Nice meeting both of you. Sorry lagi sekali pasal tadi.

Adelia dan Rachel tersenyum, menganggukkan kepala. Mereka hampir terlupa tujuan asal mereka ke situ.

Eh, Kevin!

Sia-sia sahaja kerana mereka telah kehilangan jejak Kevin. Adelia mendengus, geram kerana tidak berjaya menemui destinasi Kevin.

Rachel, jom kita cari sekitar sini. Dia mesti ada dekat-dekat sini.

Huh? Tak nakla. Jalan Rosewood ni dahla tak ramai orang lalu. Jomla kita balik, Adelia.

Adelia diam, sambil memandang keliling. Jalan Rosewood terletak di selatan MapleSide. Memang jarang orang melalui jalan itu kerana sudah lama tidak terdapat sebarang kegiatan komersial di situ. Akhirnya, Adelia bersetuju untuk pulang semula ke villa.

'Mana Kevin pergi ni?' desis hati kecil Adelia.

No comments: