Sunday, December 12, 2010

08:: Kembali Senyum

27 Februari 2005@8.48 pagi
Villa Adams

Rachel menggeliat di hadapan tingkap biliknya. Udara pagi yang begitu nyaman itu benar-benar menenangkan perasaannya.

Langkah kaki diatur ke ruang tamu di tingkat bawah. Sunyi benar villa itu sementelah hanya dia dan Kevin yang menghuninya. Bau harum kulit kayu manis menarik Rachel ke dapur.

Amboi, masak apa tu?

Kevin yang ralit memasak terkejut dengan sapaan Rachel.

Ginger, terkejut abang!

Rachel ketawa melihat Kevin mengurut dada. Dia mengambil tempat di meja makan sambil memerhati tingkah satu-satunya abang yang disayanginya itu.

Hai, duduk je ke? Tolonglah bancuh air ke, apa ke.

Mendengar Kevin membebel, laju sahaja dia bangun ke almari dapur. Dikeluarkan serbuk coklat dan dicampurkan dengan air panas. Siap sahaja, diletakkan di atas meja makan.

Cinnamon rolls for breakfast.

Dua pinggan cinnamon rolls yang masih berasap diletakkan di atas meja. Sebagai pelengkap kepada coklat panas yang semakin kurang asapnya. Rachel tersenyum sambil melayangkan flying kiss buat Kevin.

Sedapnya abang masak.

Tidak putus-putus pujian keluar dari mulut Rachel. Walhal hampir 15 tahun masakan itu dihidangkan buatnya.

Abang, nanti kita keluar pergi Autumn Fall nak? Rachel ingat nak beli kasut barula.

Autumn Fall? Macam tak bolehla, Ginger. Sebab abang dah janji dengan kawan nak jumpa dia petang ni.

Kawan? Sejak bila abangnya ada kawan lain selain Adelia?

Siapa bang? Rachel kenal ke?

Huh? Tak, tak. Rachel tak kenal. Tapi nanti bila ada masa abang kenalkan dengan Rachel okey?

Rachel mengerutkan dahi. Tidak lama kemudian, tersungging senyuman di bibirnya.

Haaaawek ye? Patutla berahsia sangat.

Hish, Ginger ni. Mana ada, kawan je la.

Tidak mempedulikan apa yang dijelaskan oleh Kevin, Rachel galak mengejek-ejek abangnya. Sengaja dia mahu mengenakan Kevin.

Ting tong!

Siapa pula yang datang pagi-pagi ni. Pergi buka pintu, Ginger.

Rachel menarik muka masam. Tidak gemar diarah begitu.

Fine. Kalau Ginger tak nak buka pintu, tolong kemas dapur ni.

Takpe, Rachel pergi buka pintu.

Kevin ketawa melihat tingkah adiknya, kalau disuruh mengemas memang liat. Riuh-rendah suara di ruang tamu membuatkan Kevin pantas menyudahkan kerja di dapur.

Hai, Kev!

Adelia tersenyum mendapatkan Kevin.

You nampak sweet pakai apron macam ni.

Adelia mengenyitkan mata. Kevin sedikit terpinga-pinga, sebelum memandang dirinya atas bawah.

Huh?

Segera dia berlari ke dapur membuka apron berwarna merah jambu yang masih tersarung di badan. Kedengaran gelak tawa Adelia dan Rachel di ruang tamu masih bersisa.

Ada apa you datang sini?

Abang!

Tinggi suara Rachel memprotes. Seakan tidak senang apabila Kevin mengajukan soalan itu kepada Adelia.

Rachel beritau kita akan keluar shopping hari ni. Sebab tu I datang.

Owh. Tapi I dah beritahu Rachel yang I tak boleh ikut sebab ada hal sikit.

Adelia mengalihkan pandangan ke arah Rachel. Rachel mengangguk sambil tersenyum.

Ya, lupa pula. Abang nak pergi dating, sebab tu tak boleh join kita.

Ginger!

Cubaan Kevin untuk mendapatkan Rachel sia-sia apabila gadis itu telah berlari naik ke biliknya. Dari atas kedengaran dia melaung meminta agar Adelia tunggu sebentar.

You dah ada girlfriend? No wonder la susah nak jumpa you sekarang.

Kevin tersentak dengan kata-kata Adelia itu. Dia menarik nafas panjang sebelum menjawabnya.

Bukan girlfriend la. You jangan percaya cakap Rachel tu, dia saja nak kenakan I.

So, siapa nama dia? I kenal?

Aryanna.

Menyebut namanya sahaja sudah cukup untuk membuahkan senyum di bibir Kevin. Malah seakan terhidu aroma bunga citrus kegemaran gadis itu.

You tak kenal dia, tapi satu hari nanti I akan kenalkan dia pada you dan Rachel.

Adelia mengangguk. Tidak pernah dia melihat Kevin tersenyum begitu sejak kematian ibu bapanya 15 tahun dahulu.

No comments: